CD koleksi Lagu Raya ini adalah diterbitkan khas untuk PETRONAS Cards Centre sempena sambutan Hari Raya 1431 Hijrah. CD ini memuatkan 51 buah lagu yang menampilkan artis-artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, M. Nasir, Erra Fazira, Ramlah Ram, Ziana Zain, Aishah, Amy Mastura, Elly Mazlein dan ramai lagi serta menampilkan artis-artis 'evergreen' seperti Ahmad Jais, Rafeah Buang, Rahimah Rahim, Uji Rashid & Hail Amir, Allahyarham Sudirman, Aman Shah, Azlina Aziz, Fazidah Joned dan ramai lagi. Diharapkan koleksi ini dapat memeriahkan lagi suasana Hari Raya yang bakal menjelang.
Wednesday, August 25, 2010
Lagu Raya

Friday, August 20, 2010
Eytha - Dalam Kenangan

CD Eytha-Dalam Kenangan ini diterbitkan khas bagi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di PETRONAS. CD ini memaparkan lebih dari 100 foto beliau semasa berada di PETRONAS. Diharapkan pemberian ini dapat mengubat kerinduan agar kenangan bersama akan tetap di ingatan beliau. Terima kasih Eytha...Jasa dan pengorbananmu akan sentiasa dikenang.
Kad Raya Isimewa buat rakan-rakan
Kepada rakan-rakan yang menerima kad raya eksklusif ini, TAHNIAH!!! anda adalah rakan saya yang TERBAIK...Cetakan kad raya ini adalah terhad. Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja di Helmi Publishing sdn. bhd. Sebarang cetak rompak atau peniruan rekabentuk adalah dilarang sama sekali.
Di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang laman ini dibuka. Kepada yang pulang beraya di kampung, berhati-hati semasa memandu. Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin. Wassalam...
Latest Update

TAHNIAH buat pengarah dan para pelakon filem 'SALT' kerana berjaya menduduki tangga teratas dalam CARTA top20 MyRank bagi bulan August 2010. Filem lakonan Angelina Jolie ini cukup memberi kesan yang mantap sehingga membuat penonton terpaku dan tidak sabar untuk mengetahui penghujung filem ini. Dan diharapkan akan muncul 'SALT 2' selepas ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)